Tutorial cara untuk authorization aplikasi google ini perlu dibuat jika anda pertama kali menggunakan apa-apa aplikasi yang bersambung dengan aplikasi google. Kebiasannya aplikasi-aplikasi ini belum lagi berada di dalam Marketplace mereka.

Jika anda percaya dan yakin dengan aplikasi yang dibangunkan oleh Developers tersebut, jadi anda tak perlu risau dan bimbang. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan anda boleh menggunakan aplikasi ini dengan selamat dan betul.

Langkah 1

Ketika anda mahu ‘run’ untuk pertama kali mana-mana fungsi dalam aplikasi tersebut, Google akan keluarkan paparan kotak notifikasi seperti di bawah. Anda hanya perlu tekan ‘Continue’.

cara authorization google sheet addon 1

Langkah 2

Pilih sahaja akaun Google yang anda ingin membenarkan aplikasi ini berfungsi. Kebiasaanya akaun Google yang anda sedang aktif menggunakannya.

cara authorization google sheet addon 2

Langkah 3

Klik di butang ‘Advanced’. Kebiasannya Google akan menyorok butang ini untuk mengelakkan pengguna Google sendiri tersilap tekan, seperti yang maklumkan di atas, jika anda yakin dan percaya pada developers tersebut, teruskan ‘proceed’ seperti biasa.

cara authorization google sheet addon 3

Langkah 4

Klik pada ‘Go to XXXX (Unsafe)’. Dan anda telahpun melengkapi proses ‘authorization’ pada akaun Google anda untuk digunakan pada satu-satu aplikasi tersebut.

cara authorization google sheet addon 4

Langkah 5

Klik ‘Allow’ dan selesai.

cara authorization google sheet addon 5

Semoga tutorial cara untuk Authorization Google ini membantu anda. Jika ada pertanyaan, boleh ke ruangan live chat.