Tutorial Sistem OnPay

Sila ikut langkah demi langkah dibawah..

Tutorial disediakan oleh Muaz Faris

Langkah #1

Pilih kuantiti

Selepas membaca maklumat produk yang mahu ditempah, buat langkah pertama dengan memilih kuantiti yang dimahukan.

Langkah #2

1. Masukkan kod kupon

Anda boleh masukkan kod kupon ( jika ada ) seperti contoh "FREE" , "EARLYBIRD" . Kupon ini selalu diberikan eksklusif kepada sesetengah orang.

2. Kos Penghantaran

Jika terdapat kos penghantaran, pilih mengikut alamat anda. Anda boleh lihat berapa jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

3. Butang 'Seterusnya'

Klik butang seterusnya selepas anda berpuas hati dengan pilihan anda. Ikuti langkah seterusnya dibawah untuk teruskan pembayaran.

Langkah #3

Masukkan KOD KUPON

Ruangan ini untuk anda masukkan kod kupon ( jika ada ). Kod Kupon ini hanya dalam perkataan seperti contoh "PERCUMA" , "MB754" , "DISKAUN50" dll.

Langkah #4

1. Kad Debit / Kad Kredit /  Paypal

Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit atau Paypal. Kelebihan pembayaran cara ini adalah ianya tidak perlu pengesahan secara manual, sistem akan sahkan dan memaklumkan pada pihak admin. Tetapi harus diingatkan, kaedah ini dikenakan caj pengendalian sebanyak 5%.

2. Perbankan Manual

Anda sangat disarankan untuk memilih kaedah Perbankan Manual kerana tiada caj pengendalian 5%. Kaedah ini memerlukan anda menyimpan resit pembayaran sebagai bukti anda telah selesai pembayaran. Pastikan anda menyimpan resit tersebut.

Langkah #5

Masukkan butiran anda

Selepas selesai pembayaran dibuat. Masukkan butiran ( pastikan isi dengan betul agar dapat dihantar barang yang ditempah ) seperti Nama, Emel, Nombor HP, Alamat, Nota Tambahan.

Kemudian klik butang Seterusnya.

Langkah #6

1. Pilih Akaun Bank

Jika anda memilih perbankan Manual, anda akan nama pilihan ini. Langkah #6 ini tidak perlu diisi jika anda pilih kaedah Pembayaran Kad Debit, Kad Kredit, Paypal.

2. Bayar Menerusi

Pilih antara perbankan internet atau Mesin Deposit Tunai (ATM), yang membezakan antara kedua ini adalah apabila anda memilih Mesin Deposit Tunai, anda diwajibkan untuk menyediakan bukti pembayaran samada dalam bentuk pdf, png, jpeg, doc, dll

3. Masa dan Tarikh Bayaran

Anda diminta untuk masukkan masa dan tarikh bayaran. Ini untuk memudahkan pihak admin menyemak pembayaran yang dibuat di akaun bank pilihan anda.

4. Nota Bayaran

Anda boleh 'copy paste' bukti pembayaran dan masukkan di Nota Bayaran. Cara ini lebih pantas untuk disemakkan oleh pihak admin. Lihat gambar di atas sebagai contoh yang telah dibuat.

5. Bukti Bayaran

Untuk mempercepatkan pihak admin sahkan pembayaran, anda diminta untuk 'upload' bukti bayaran. AMARAN: Pastikan tidak 'upload' gambar resit atau isi maklumat palsu / tipu kerana IP anda direkod untuk tujuan keselamatan.

Langkah #7

Pengesahan ( Jika Ada )

Ruangan ini wajib di 'tick' untuk akuan janji. Kemudian anda boleh terus klik HANTAR BORANG selepas maklumat di atas telah diisi dengan baik.

Langkah #8

Muat turun Invois

Selepas selesai, anda akan dibawakan ke laman Terima Kasih. Anda boleh muat turun Invois jika mahu melalui laman ini.

Terima EMEL dan SMS pengesahan

Pastikan anda juga mendapat emel dan SMS pengesahan sebagai tanda pembayaran anda diterima dan telah disemak oleh pihak Admin.

Tamat !

Selesai tutorial ringkas 10 Langkah. Mudah bukan?

Jika terdapat persoalan, boleh emelkan ke [email protected]