Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana berminat dengan produk Sheet Wasap.

Sheet Wasap ini diinpirasikan sendiri oleh saya disebabkan saya memang menggunakan cara ini untuk memudahkan saya membuat follow up di whatsapp.

Apa yang menariknya sheet wasap ini adalah anda sendiri boleh menggunakannya. Cuma nasihat awal saya, sila gunakan dengan berhati-hati.

Bagaimana cara nak guna Sheet Wasap ini?

Langkah 1

Sebelum kita hubungkan whatsapp anda dengan google sheet anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan anda dengan scan dahulu QR Code.

Cara ini mirip dan sama sahaja konsepnya dengan anda scan QR code untuk menghubungi di desktop versi iaitu di web.whatsapp.com

scan qr code sheet wasap

Langkah 2

Setelah anda hubungkan whatsapp anda dengan sistem, maka dari situ anda telah memberi kebenaran untuk menghantar sebarang arahan kepada sistem untuk membuat sesuatu tindakan seperti Hantar Mesej.

Kemudian anda perlu install Sheet Add-On seperti dalam gambar dibawah. Cari add-on bernama: Trigger and Send

install trigger send

Install dan kemudian reload ataupun refresh browser anda untuk memastikan anda betul-betul sudah install sheet add-on tersebut.

Langkah 3

Buat dua column ataupun ada sesetengah pengguna yang mahukan nama juga dimasukkan di dalam mesej, jadi anda boleh buat tiga column.

Pastikan turutan column dibuat adalah betul. Untuk dua column, set kan untuk phone berada di column A dan message berada di column B. Dan paling penting ejaan Phone dan Message adalah betul mengikut contoh dalam gambar di bawah:

demo sheetwasap 1
demo sheetwasap 2

Langkah 4

Untuk tetapan Add-ons Trigger and Send, Pilih Now dalam menu Trigger Data. (ini akan dikemaskini untuk menu yang lain atau anda boleh cuba sendiri).

trigger send google sheet

Untuk kotak Send Data pula, sila masukkan link yang diberikan. Link ini yang akan digunakan bagi menghubungkan Google Sheet dengan Whatsapp anda.

Tanpa link ini anda tidak boleh menghantar apa-apa arahan kepada whatsapp anda.

Untuk dropdown Select Range pula, pilih All Columns ataupun anda boleh pilih manual range untuk memilih columns dan rows yang perlu masuk dalam senarai untuk dihantar mesej.

Bagi kotak Row Number to Start ini pula, masukkan angka 2 ataupun angka row yang anda mahu mulakan.

Dan yang terakhir sebelum menekan butang Post, pastikan tidak tick kotak “I wish to send data at once”.

Ini bagi memastikan data dihantar satu per satu dan bukannya dihantar sekaligus kepada sistem.

Buat masa sekarang ini, Add-ons Trigger and Send ini hanya mampu menghantar 500 rows dalam sesuatu masa. Ini disebabkan oleh limit yang dikenakan bagi akaun google free seperti gmail.

Tetapi jangan risau disebabkan anda boleh mengulangi langkah sama bagi 500 rows seterusnya dan seterusnya.

Langkah 5

Semak pada whatsapp anda samada mesej dihantar oleh sistem ataupun tidak. Sekiranya tidak, anda boleh maklumkan kepada saya untuk kami cek apa di mana masalah yang mungkin berlaku.

Sebaiknya untuk memberikan akses google sheet untuk memudahkan kami menyemak.

Setakat ini sahaja tutorial ini, dan tutorial ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya ada feedback daripada pengguna.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi menggunakan Sheet Wasap, saya doakan semoga bisnes anda terus berkembang maju dan jayanya.